Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa ahli keluarga penumpang MH370 berang dan mula meninggalkan KLIA walaupun sebelum ini diminta ke sana untuk bersiap sedia terbang sebaik sahaja lokasi kemalangan dikenalpasti.

 

Mereka kecewa walaupun diberitahu supaya berada di lapangan terbang pada jam 6 petang untuk penerbangan ke keluar negara ini, tetapi tiada sebarang perkembangan dan hanya sedikit maklumat daripada MAS selepas tempoh menunggu berakhir.

 

"Kami tidak diberitahu ke mana nak terbang dan bila nak terbang, sebaliknya kita hanya diberitahu penerbangan hanya akan berlepas dalam masa 24 jam.

 

"Tetapi kemudian mereka juga berkata kami akan berkumpul di sebuah hotel di Putrajaya sebelum penerbangan," kata seorang ahli keluarga marah dan tidak mahu dikenali.

 

Lelaki itu mengadu bahawa dia hanya mendapat tahu tentang pesawat Malaysia Airlines hilang dari agensi pelancongan di mana saudara lelakinya yang berusia 48 tahun membeli tiketnya untuk Beijing untuk tujuan perniagaan.

 

"Saya tidak diberitahu oleh MAS, ejen pelancongan yang memanggil saya pada pukul 8 pagi," katanya.

Beliau menambah MAS kemudiannya menghubungi beliau dan memintanya membawa bersama pasport dan berjanji memberinya maklumat.

 

"Tetapi selepas saya tiba, ia seolah-olah berbeza, ramai pegawai MAS yang berurusan dengan saya membisu. Mereka hanya mendaftar butiran diri saya. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa, termasuk di mana pesawat itu (dikatakan) terhempas dan butiran penerbangan," katanya berkata .

 

"Jika anda hanya mahu mendaftar butiran diri saya, mengapa anda memerlukan saya di sini. Saya nampak melihat ramai ahli keluarga meninggalkan kawasan tempat kita menunggu dalam keadaan marah," katanya.

 

Beliau berkata sebarang harapan untuk membantu mangsa, jika ada, telah berlalu kerana pesawat itu masih belum ditemui hampir 17 jam selepas ia hilang.

 

Terdahulu, Tee Kuee Lian, yang suaminya Wong Sai San merupakan penumpang pesawat Boeing 777-200, tiba di lapangan terbang bersama dua orang anak perempuannya tetapi membidas pegawai MAS selepas mereka tidak dapat memberitahunya maklumat terkini mengenai pesawat yang dikhuatiri terhempas.

 

"Berita mengenainya tersebut begitu cepat di internet, bagaimana anda boleh mengatakan anda tidak tahu apa-apa," jerit salah seorang anak perempuannya.

Malaysiakini menyaksikan beberapa keluarga beredar ada jam 7.15 malam kerana mereka masih belum diterbangkan ke mana-mana walaupun mereka diminta berada di sana jam 6 petang .

Apabila ditanya mengenai keluarga yang hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya secara ringkas berkata: "Kami telah menemui mereka."

 

Beliau kemudian minta diri untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninggalkan bilik sidang akhbar.

 

MAS juga telah menerbangkan 100 kakitangan ke Beijing untuk membantu waris penumpang di sana.

Laporan tambahan oleh Aidila Razak.

[Baca berita penuh]

ADS