Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Memasuki hari ketiga usaha mencari pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Malaysiakini cuba merumuskan apa yang telah diketahui mengenai situasinya.

Kapal Terbang

(1) Pesawat itu jenis Boeing 777-200ER, kapal terbang yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan digunakan oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia.

(2) Pesawat itu hilang dari skrin radar pada jam 1.30 pagi pada 8 Mac, 120 batu nautika dari Kota Bharu dan di Laut China Selatan. Ini berada di sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam. Ia mempunyai bahan api untuk bertahan sehingga 08:30 hari itu.

(3) Tiada sebarang panggilan kecemasan. Komunikasi lisan yang terakhir dengan juruterbang itu apabila pengawal trafik udara  Subang memindahkan kawalan ke Ho Chi Minh. Kedua-dua juruterbang dan Bandar Raya Ho Chi Minh maklum pemindahan itu.

(4) Data dihantar dari kapal terbang ke pangkalannya di MAS menunjukkan tiada kejanggalan. Pesawat itu tidak mempunyai masalah teknikal.

(5) Hujung sayap pesawat itu telah sedikit rosak pada 2012, tetapi telah dibaiki dan disahkan untuk terbang oleh pengeluar Boeing.

(6) Data radar Tentera Udara menunjukkan pesawat itu mungkin telah cuba untuk berpatah balik. Ini sebahagiannya disokong oleh data radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Bagaimanapun tiada nasihat telah diterima daripada kapten, seperti yang dikehendaki protokol.

Penumpang kapal

(1) Terdapat 227 penumpang, termasuk dua kanak-kanak serta 12 anak kapal. Daripada jumlah itu, seramai 152 orang warganegara China, 38 rakyat Malaysia dan selainnya daripada 12 negara berbeza.

(2) Juruterbang Zaharie Ahmad Shah, 53, mempunyai pengalaman luas penerbangan 18,365. Beliau juga juruterbang terlatih untuk Boeing 777-200ER, malah membina sendiri simulasi pesawar 777 di rumahnya.

Pegawai pertama Fariq Ab Hamid, 27, mempunyai pengalaman 2,763 jam. Semua anak kapal warganegara Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS