Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bunyi pantulan elektronik dari arah Lautan Hindi

Analisis denyutan elektronik yang dikesan dari pesawat Malaysia yang hilang,  menunjukkan ia mungkin telah kehabisan minyak dan terhempas ke Lautan Hindi selepas terbang ratusan batu di luar laluannya, kata sumber yang rapat dengan penilaian rasmi AS, semalam..

Sumber itu,  yang biasa dengan data yang diterima kerajaan AS daripada siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, berkata satu lagi kemungkinan - tetapi kecil - ialah pesawat itu terbang ke arah India.

Data yang diperolehi dari pantulan elektronik pesawat itu yang dihantar ke satelit, telah ditafsir memberi dua analisis yang berbeza kerana ia samar-samar, kata sumber itu, yang enggan disebut namanya kerana siasatan masih berjalan .

Tetapi ia menawarkan petunjuk sebenar yang pertama mengenai nasib pesawat MH370 di mana para pegawai semakin percaya ia sengaja melencong dari laluan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum itu, dua sumber yang biasa dengan siasatan tersebut berkata, data radar tentera Malaysia menunjukkan pesawat itu disyaki penyiasat adalah MH370, ekoran laluan penerbangan yang biasa digunakan menuju ke Timur Tengah dan Eropah apabila ia kali terakhir dikesan radar pada awal 8 Mac, di barat laut Malaysia.

Pantulan elektronik itu dipercayai telah dihantar selama beberapa jam selepas pesawat itu hilang dari radar, kata sumber itu

Kemungkinan paling besar ialah selepas terbang ke arah barat laut, pesawat itu melakukan pusingan tajam ke selatan ke Lautan Hindi di mana para pegawai merasakan - berdasarkan data yang ada -  ia terbang sehingga kehabisan minyak dan terhempas ke laut, tambah sumber itu.

Satu lagi tafsiran dari pantulan itu, tambah sumber itu,  ialah MH370 terus terbang ke barat laut dan menuju ke wilayah India.

Kerana data yang berpecah-pecah, para pegawai AS tidak pasti analisis mana yang betul, walaupun mereka percaya ia berkemungkinan berpusing ke selatan.

Menurut sumber itu lagi, pesawat dipercayai tidak mungkin pesawat itu melintas ruang udara India kerana negara itu mempunyai pertahanan udara dan liputan radar yang kuat dan boleh nampak dan memintasnya.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak dapat mengesahkan laluan terakhir pesawat itu atau sama ada penyiasat memberi tumpuan kepada kemungkinan sabotaj.

Tiada sebarang kesan pesawat itu atau sebarang tanda ia terhempas ketika tentera laut dan pesawat tentera dari pelbagai negara memeriksa kawasan laut di timur dan barat Semenanjung Malaysia.

- Reuters

[Baca  berita penuh]

ADS