Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IPU Pelabuhan Klang turun, tapi masih tak sihat

Pelabuhan Klang mencatat penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan bacaan 154 iaitu tidak sihat pada tengah hari ini.

    

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan lain juga mencatatkan penurunan termasuk Banting, (125), Shah Alam 110 dan Petaling Jaya (103) iaitu dalam lingkungan tidak sihat.

    

Sementara itu 22 kawasan mencatat bacaan sederhana, antaranya Seri Manjung, Perak (56), Alor Setar, Kedah (51), Cheras, Kuala Lumpur (80), dan Nilai, Negeri Sembilan (91).

    

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan

300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS