Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Syukurlah Liow bukan menteri
Diterbitkan:  Mar 21, 2014 4:40 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Sewaktu pelbagai negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370, Lim Guan Eng dan MCA mengambil kesempatan bertikam lidah daripada insiden itu dengan ketua menteri Pulau Pinang melancarkan 'serangan' awal.

Lim dalam akhbar China Press dilaporkan berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bernasib baik beliau tidak memegang portfolio Kementerian Pengangkutan sebelum pesawat itu hilang.

Dakwa Lim, Liow tidak akan mampu mengendalikan media antarabangsa dengan penguasaan bahasa Inggerisnya yang lemah.

"Syukurlah Liow bukan menteri pengangkutan," Lim dilaporkan China Press sebagai berkata demikian pada satu majlis.

Dalam respons yang juga kurang memberangsangkan, anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan setiausaha agung DAP itu sebagai "rosak otak".

Chai mendakwa Lim pernah mengaku tidak berani berbual dalam bahasa Inggeris dengan generasi tua yang menguasai bahasa tersebut dengan "sangat baik" namun, tetap tergamak mengkritik tahap penguasaan bahasa Inggeris Liow.

Chai mengaku ketuanya itu mungkin tidak sefasih Lim dalam menggunakan beberapa istilah seperti " You print, I sue " (Awak terbitkan, saya saman), satu rujukan sinis kepada saman-saman fitnah Lim terhadap beberapa akhbar.

[Baca berita penuh]

ADS