Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa kesan keghairan Zaharie Ahmad Shah terhadap bidang penerbangan dapat dilihat pada emel dan papan mesej dalam talian yang memperinci pemasangan simulator canggih juruterbang Malaysia Airlines ( MAS) itu di rumah.

Kini monitor komputer, kad grafik dan perisian itu sedang diteliti

oleh penyiasat yang cuba memahami kehilangan pesawat MH370 yang diterbangkan Zahari sejak lebih dua minggu lalu.

Tiada bukti yang menunjukkan Zaharie bertanggungjawab terhadap kehilangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, termasuk juruterbang yang berusia 53 tahun itu.

Malah, ramai komuniti pakar vendor dalam talian dan peminat bidang penerbangan yang dihubungi Zaharie untuk mendapatkan komponen dan nasihat berkata adalah perkara biasa bagi juruterbang yang ghairah mengenai penerbangan sehinggakan mereka memasang simulator di rumah.

"Ramai juruterbang menghubungi saya berminat untuk membuat simulator 'di rumah'. Zaharie bersama beberapa juruterbang lain sebenarnya mengguna 'motion controllers' saya untuk menaik taraf realism simulator mereka dengan membina 'motion platforms'", tulis Thanos Kontogiannis, seorang peminat penerbangan di California yang membantu Zaharie membina simulator, di blognya pada hari Isnin.

Kontogiannis, yang profil dalam LinkedIn dan blog menggambarkannya sebagai pekerja Qualcomm di San Diego, yang membina 'motion controllers' pada masa lapangnya, tidak memberi respon terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

Tetapi dengan penyiasat yakin bahawa pesawat yang hilang telah dialihkan haluannya beribu-ribu batu dari jadual penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing oleh penerbang yang mahir, perhatian telah tertumpu kepada Zaharie dan pembantu juruterbang yang berusia 27 tahun, Fariq Abdul Hamid.

Polis Malaysia telah merampas simulator itu minggu lepas dari rumah Zaharie. Permainan beliau dari siri "Flight Simulator" Microsoft dan

tajuk terkini "X-plane" sedang disiasat.

"Melihat log penerbangan dalam permainan simulator itu adalah kunci terpenting siasatan tersebut," kata seorang pegawai dengan pengetahuan secara langsung siasatan terhadap Zaharie dan pembantu juruterbangnya.

"X-plane 10 menarik perhatian penyiasat kerana ia adalah yang terbaru dibeli oleh Zaharie. Juga ia adalah yang tercanggih di luar sana dan mempunyai pelbagai senario kecemasan dan pertempuran."

Penyiasat Malaysia telah meminta FBI untuk membantu untuk mendapatkan semula data yang telah dipadamkan pada 3 Februari.

[Baca berita penuh]

ADS