Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pandalela gagal peroleh emas di Dubai
Diterbitkan:  Mar 23, 2014 1:20 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Ratu terjun Malaysia, Pandalela Rinong memperoleh pingat perak keduanya pada pusingan kedua Kejohanan Siri Dunia FINA di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, semalam.

Penerjun Sarawak berusia 21 tahun itu merangkul pingat perak pertamanya selepas berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter seirama wanita Khamis lepas, mengumpul 358.75 mata dalam acara perseorangan.

Penerjun China Liu Huixia mengekalkan pingat emas yang dimenanginya dalam pusingan pertama di tempat sendiri, awal bulan ini selepas mendapat 400.70 mata sementara penerjun Kanada Filion Roseline mendapat pingat gangsa dengan 355.20 mata.

Pandalela merangkul satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam kategori sama pada pusingan pertama di China.

Kejohanan itu akan bersambung dengan pusingan ketiga di London, United Kingdom dari 25 hingga 27 April, Moscow, Russia (2 hingga 4 Mei); Windsor, Kanada (30 Mei hingga 1 Jun) sebelum pusingan akhir di Monterrey, Mexico dari 6 hingga 8 Jun.

- Bernama

ADS