Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kualiti udara 24 kawasan masih sederhana
Diterbitkan:  Mar 23, 2014 1:33 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya adalah baik, kecuali 24 kawasan masih mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 24 kawasan tersebut ialah Muar (52), Alor Setar (61), Bakar Arang, Sungai Petani (64), Langkawi (51), Tanah Merah, Kelantan (53), Bukit Rambai, Melaka (62), Nilai (52) dan Port Dickson (88), Balok Baru, Kuantan (67), dan Jalan Tasek, Ipoh (55).

Kampung Air Putih, Taiping (51), S K Jalan Pegoh, Ipoh (55), Kangar (62), Perai (60), Seberang Jaya 2 (57) dan Universiti Sains Malaysia (58), Institut Latihan Perindustrian Miri, (59), Miri (52), Banting, Selangor (56), Pelabuhan Klang (58), Petaling Jaya (56), Sibu (53), Shah Alam (55) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.

- Bernama

ADS