Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Data simulator dipadam lebih awal
Diterbitkan:  Mar 23, 2014 1:58 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Penyiasat Amerika yang menyemak cakera keras milik juruterbang MH370 mendapati terdapat maklumat dipadam lebih dekat kepada tarikh penerbangan, menurut pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Menurut CNN, carian forensik pada fail komputer oleh pakar kerajaan AS mendapati terdapat fail dibuang sebelum 3 Februari, tarikh pemadaman yang dikenal pasti pasukan Malaysia sebelum ini.

Salinan cakera keras itu kini berada di makmal forensik FBI di Quantico, Virginia dan satu algi dianalisis dengan bantuan perunding data elektronik biro itu.

Tidak jelas kenapa kerajaan Malaysia menyebut data itu dipadam pada 3 Februari sedangkan mereka tahu terhadap pemadaman lain turut dibuat, menurut laporan itu lagi.

Jenis perisian digunakan untuk simulasi penerbangan itu mengisi kebanyakan tempat dalam cakera keras itu dan penyiasat percaya ia menjadi penyebab pemadaman itu.

Media itu juga melaporkan, terdapat juga kemungkinan berlaku kerosakan semasa pemeriksaan pertama oleh penyiasat Malaysia.

Pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, mereka tidak membuat sebarang kesimpulan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 19 Mac lalu dilapor berkata, siasatan awal mendapati data log itu dipercayai dipadam pada 3 Februari lepas.

Bernama melaporkan, maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

[Baca berita penuh]

ADS