Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR Sarawak bimbang sekiranya pihak berkuasa negeri itu merancang melarang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berkempen untuk pilihan raya kecil Balingian yang ditetapkan pada 29 Mac nanti.

"Saya terdengar bahawa seorang menteri PBB menyokongnya," kata Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How, yang juga pengarah operasi bagi calon PKR, Abdul Jalil Bujang.

Manakala BN-PBB menamakan Yussibnosh Balo sebagai calonnya.

See (kiri) berkata jika pihak berkuasa negeri mengenakan larangan terhadap

Anwar dan pemimpin PKR yang lain, PKR negeri tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang.

Katanya, jika ketua menteri dan kerajaan negeri melaksanakan autonomi dalam imigresen untuk menghalang mereka yang taksub agama dan perkauman dari Semenanjung Malaysia, maka PKR Sarawak dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menyokong sepenuhnya.

"Bagaimanapun, kami akan membantah ia disalahguna untuk melarang pemimpin serta ahli pembangkang dan NGO masuk ke Sarawak untuk aktiviti politik yang sah."

 

Menurut ADUN Batu Lintang itu lagi, penggunaan hak tersebut mesti mengikut perlembagaan, peruntukan khusus dalam Akta Imigresen dan peraturan keadilan asasi.

Beliau berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang jika berlakunya penyalahgunaan tersebut.

Dalam Akta Imigresen, katanya, sekatan hak warganegara Malaysia masuk ke Sarawak dan Sabah di bawah seksyen 66 adalah tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan di bawah seksyen 67 dan 68, terhadap anggota kerajaan persekutuan, hakim, penjawat awam dan warganegara yang memasuki negeri di Malaysia Timur Malaysia bagi aktiviti politik yang sah.

 

Oleh itu, tambahnya, tidak ada justifikasi bagi kerajaan negeri Sarawak untuk melarang pemimpin parlimen pembangkang dan ahli Pakatan dari Semenanjung Malaysia datang ke Sarawak bagi membantu calon PKR dalam pilihan raya kecil Balingian.

[Baca berita penuh]

ADS