Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bentuk agensi baru urus persempadanan semula'

Tribunal Rakyat yang ditubuhkan BERSIH mencadangkan pihak berkuasa persekutuan yang bebas dibentuk bagi menguruskan amalan persempadanan semula.

Ini bertujuan mengatasi isu gerimander dan penggarisan semula kawasan pilihan raya yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tribunal, yang meneliti pilihan raya umum ke-13 mengeluarkan dapatan dan cadangan mereka hari ini.

Ia antaranya menyebut pilihan raya pada Mei lalu kurang aspek demokrasi dan melanggar standard sebuah pilihan raya yang bebas dan adil.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah juga berkata, mereka mempertimbang mencabar Seksyen 9A Akta Pilihan Raya dan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan – yang memberikan SPR kuasa membuat persempadanan semula – di mahkamah.

Seksyen 9A melarang daftar pemilih dicabar manakala Perkara 46 menetapkan jumlah anggota Dewan Rakyat.

“Penemuan tribunal membuktikan dakwaan kita sebelum ini – bahawa proses pilihan raya di Malaysia tidak benar-benar adil dan bersih,” kata Maria.

[Baca berita penuh]

ADS