Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dengan kebanjiran dari Beijing gambar keluarga penumpang MH370 dari China yang menuduh Malaysia Airlines sebagai cuai dan pembunuh, ramai di Malaysia kini tertanya-tanya mengapa syarikat penerbangan China Southern tidak turut dipertanggungjawabkan di atas peristiwa itu.

Ini kerana MH370 juga dipasarkan sebagai penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan sebilangan daripada penumpang terbabit memegang tiket China Southern.

Montreal Convention, satu ketetapan yang diguna untuk mentadbir penerbangan awam menyatakan bahawa pengendali sebenar dan pengendali kontrak boleh dipertanggungjawabkan di atas kecederaan, kematian dan kehilangan dalam penerbangan.

Dalam kes ini, MAS adalah pengendali sebenar manakala China Southern pula adalah pengendali kontrak, dan waris penumpang boleh menuntut gantirugi daripada kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Konvensyen Montreal - secara rasmi dikenali sebagai Konvensyen bagi Penyatuan Peraturan Tertentu untuk Pengangkutan Udara Antarabangsa - telah disahkan oleh negara China dan Malaysia.

Dalam kes-kes perundangan sebelum ini di Amerika Syarikat juga

menyatakan bahawa kedua-dua syarikat penerbangan dalam perjanjian perkongsian kod, boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam satu kes, seorang penumpang membeli tiket dari American Eagle Airlines tetapi menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh Executive Airlines ekoran perkongsian kod tersebut.

Beliau jatuh dari kapal terbang itu ketika cuba menarik perhatian pengendali bagasi, untuk mendaftar masuk bagasinya yang didapati terlalu besar untuk dimuatkan di tempat barangan dalam kabin

Mahkamah mendapati dalam kes ini, kedua-dua syarikat penerbangan itu bertanggungjawab dengan syarikat pengendali kontrak itu di atas keseluruhan pengangkutan dan pengendali sebenar bagi bahagian yang dilaksanakannya.

Dalam kes MH370, terdapat sedikit atau tiada langsung berita bagaimana respon China Southern kepada keluarga penumpang yang telah membeli tiket melalui syarikat penerbangan itu.

[Baca berita penuih]

ADS