Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Duti antilambakan FCB dari Thailand mulai esok

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan kutipan duti antilambakan, mulai esok selama lima tahun, ke atas papan fiber simen (FCB) dari Thailand.

    

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata duti antilambakan itu akan dikenakan ke atas import FCB oleh syarikat berikut: Mahaphant Fibre-Cement Public Co Ltd (31.14 peratus), The Siam Fibre-Cement Co Ltd (9.15 peratus), Conwood Co Ltd (tiada) dan lain-lain (31.14 peratus).

    

Kerajaan memulakan siasatan antilambakan ke atas FCB pada 2 Julai 2013, selepas petisyen difailkan oleh Hume Cemboard Industries Sdn Bhd, kata Miti dalam satu kenyataan.

    

Pempetisyen mendakwa pengimportan FCB yang berasal atau dieksport dari Thailand, diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah berbanding di Thailand.

    

"Pempetisyen juga mendakwa keadaan ini menyebabkan kemudaratan ke atas industri domestik di Malaysia," kata Miti.

- Bernama

ADS