Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Irene Fernandez meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 31, 2014 12:18 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Aktivis hak asasi Irene Fernandez meninggal dunia hari ini meninggal dunia hari ini selepas menjalani rawatan akibat komplikasi jantung.

Adiknya Josie berkata Irene meninggal dunia pada jam 10.58 pagi ini di Unit Rawatan Koronari Hospital Serang.

“Organnya berfungsi dengan baik tetapi jantungnya terhenti. Doktor berusaha sedaya upaya untuk menyedarkannya semula.

"Irene sangat berani dan ketika saya bercakap dengan anda sekarang, wajahnya sungguh tenang,” katanya kepada Malaysiakini selepas keluarganya mengadakan upacara doa untuk mendiang.

Beliau dan suami Irene serta tiga orang anak pasangan tersebut berada di sisi ketika pejuang itu menghembuskan nafas terakhir.

Pengasas NGO hak asasi pendatang asing Tenaganita itu dimasukkan ke Hospital Serdang selepas mengadu masalah sukar bernafas.

Mayatnya dibawa ke Seremban hari ini untuk menerima penghormatan terakhir dari orang ramai selama tiga hari, bermula Isnin hingga Rabu.

Upacara pengebumian akan diadakan pada hari Khamid di Church of Divine Mercy pada jam 3 petang di Shah Alam

Keluarganya juga akan memenuhi permintaan beliau agar mayatnya dibakar dan abunya dikebumikan bersama ibu bapa mereka di Sungai Petani.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS