Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kawasan pencarian dicemari sampah
Diterbitkan:  Mar 31, 2014 4:27 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Keadaan cuaca yang baik di kawasan pencarian hari ini ini sedikit sebanyak membantu operasi mencari dan menyelamat namun penemuan banyak sampah di kawasan berkenaan menimbulkan cabaran baru.

Laporan Reuters menyebut, sampah yang terapung di permukaan laut di kawasan baru pencarian di kedudukan 1,100km di timur laut dari lokasi sebelum ini mungkin menjejaskan operasi.

Laporan itu memetik kenyataan seorang pengkaji ilmu laut University of New South Wales, Erik Van Sebille yang berkata sampah itu dihanyutkan arus Lautan Hindi.

Katanya, anggota penyelamat mungkin menyangka sampah tersebut sebahagian dari pesawat MH370.

“Saya katakan, kawasan pencarian ini terletak hampir kawasan sampah.

"Terdapat lebih banyak serpihan di situ berbanding di selatan (Lautan Hindi). Serpihan dari Australia Selatan yang sampai ke kawasan sampah itu perlu melalui kawasan pencarian,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS