Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya tak akan maafkan Daily Mail'
Diterbitkan:  Mar 31, 2014 8:57 PM
Dikemaskini: 1:16 PM

Aishah Zaharie, anak perempuan juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370, membidas laporan negatif berkenaan bapanya yang disiarkan dalam tabloid British Daily Mail .

"Kepada Daily Mail, anda harus mempertimbangkan untuk menerbitkan filem kerana anda begitu pandai mereka cerita dan skrip.

 

"Semoga Tuhan merahmati roh anda. Yakinlah saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam satu tulisan di Facebook semalam.

Beliau merujuk kepada laporan Daily Mail pada 29 Mac lalu, yang mendakwa sumber "terdekat keluarga itu" mendakwa Aishah telah berkata kononnya Zaharie "terganggu dan hilang dalam dunia sendiri" sebelum penerbangan terakhir MH370.

 

Tabloid itu juga mendakwa isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan, berkata suaminya mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan beliau.

 

Pada 15 Mac, tabloid itu melabelkan Zaharie sebagai "penyokong fanatik" pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tabloid itu menimbulkan spekulasi bahawa Zaharie mungkin terganggu akibat hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar baru-baru ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS