Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAS nafi laporan tak selanggara bateri pinger
Diterbitkan:  Apr 5, 2014 12:26 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mennafikan laporan bahawa syarikat penerbangan itu tidak menyelenggara bateri pinger pada kotak hitam.

"Kami mengesahkan bahawa kami mempunyai program penyelenggaraan di mana bateri tersebut digantikan sebelum tamat tempoh.

"Kita tahu bahawa bateri itu dijadual untuk penggantian hanya pada bulan Jun 2014, " katanya dalam sidang akhbar hari ini.

'Pinger' atau lebih secara rasmi dikenali sebagai pencari beacon bawah

air, adalah komponen kotak hitam pesawat yang mengeluarkan bunyi sekali setiap saat sehingga baterinya habis, apabila tenggelam dalam air.

Bunyi ini boleh dikesan sehingga jarak 1.5 kilometer dengan mikrofon khas dalam air untuk membantu operasi mencari kotak hitam sekiranya pesawat terhempas ke dalam air.

Sebelum ini, CNN melaporkan syarikat pengeluar pinger itu Dukane Seacom Inc sebagai berkata MAS tidak menghantar pinger itu untuk diganti baterinya, dan menggunakan bateri lama, bermakna hayatnya mungkin lebih pendek daripada sepatutnya.

Presiden syarikat itu, Anish Patel dilaporkan memberitahu CNN bahawa ia dijadual untuk penggantian baterinya pada tahun 2012, tetapi syarikat beliau tidak menerimanya.

Anish dilaporkan berkata pihaknya tidak mempunyai rekod yang menunjukkan pingers itu dihantar untuk penggantian bateri.

Kuasa bateri Lithium dikehendaki diganti setiap lima tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata selain daripada luput penyelenggaraan, terdapat sebab-sebab lain yang mungkin mengapa syarikatnya tidak menerima pingers itu.

"Sehingga tahun 2009, 2010, kami menerimanya secara tetap. Jadi, mereka boleh pergi ke protokol lain seperti melakukannya sendiri, atau mereka boleh pergi ke kemudahan pembaikan yang lain," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS