Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP DAP menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low menjelaskan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantah keputusan untuk tidak menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pasukan tersebut.

MP Segambut Lim Lip Eng dalam sidang medianya meminta Low menjelaskan jawapan bertulis yang menyatakan pegawai SPRM telah ditempatkan dalam di kementerian dan agensi kerajaan "kecuali PDRM yang mempunyai Jabatan Integriti sendiri".

"Adakah polis cukup berkuasa? Adakah ini disebabkan tiada siapa yang boleh sentuh polis kecuali mereka sendiri?," kata Lim kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Paul dalam jawapanny menyebut, seramai 20 orang pegawai suruhanjaya itu ditempatkan di kementerian dan agensi kerajaan termasuk di Jabatan Kastam, Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen sehingga 6 Mac 2014.

Malah, pihak kerajaan menubuhkan unit integriti di semua agensi awam peringkat pusat dan negeri bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam agar penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta kebertanggungjawaban.

[Baca berita penuh]

ADS