Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tan Sri Khalid Ibrahim, yang bersaing untuk kerusi timbalan presiden PKR, tidak bersetuju dengan tanggapan kini masanya menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin.

Ini katanya, ekoran Anwar sudah menjadi ketua umum sejak sekian lama.

“Ia bukan masanya untuk itu dan tidak akan memberi kebaikan kepada parti,” kata menteri besar Selangor itu ketika ditanya dalam sidang media di Sebarang Jaya semalam.

Khalid berada di Pulau Pinang untuk bertemu anggota parti di selepas acara di Alor Setar, Gurun, Sungai Petani dan Kulim di Kedah.

Walaupun “mesti bekerja bersama Anwar”, beliau berkata tidak bermakna beliau perlu seratus peratus bersetuju.

“Kita mesti nilai (keadaan) dengan bijaksana. Ia bukan (berkaitan) menyingkirkan pemimpin tetapi bekerjasama dengannya untuk membina PKR yang lebih kuat,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung tanggapan awam bahawa PKR dikawal oleh Anwar dan anggota keluarganya.

[Baca berita penuh]

ADS