Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Bible: DAP kritik keras kepimpinan MB
Diterbitkan:  Apr 16, 2014 1:28 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Keputusan Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) berpindah keluar daripada Selangor berpunca daripada kesalahan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan menjadi sebab kepimpinannya dipersoal, menurut DAP negeri.

Malah, kata Timbalan DAP Selangor Gobind Singh Deo, rampasan 320 naskhah Bible berbahasa Melayu dan Iban menimbulkan persoalan sama ada Khalid ( kanan ) masih mempunyai kelayakan untuk kekal di jawatan itu.

“Sudah jelas insiden seperti ini menggambarkan ketidakupayaan Khalid memahami dan menyelesaikan masalah yang memerlukan keberanian dan kekuatan politik.

“Ia menimbulkan persoalan sama ada dia mampu dan boleh terus sebagai menteri besar.

“Keadaan sebelum ini, tidak perlu diperkatakan lagi, akan menyebabkan akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Inilah sebabnya kenapa ramai orang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Khalid di Selangor.”

Dalam kenyataan kerasnya hari ini, Gobind berkata, Khalid juga menunjukkan kekurangan minat dan hasrat politik dalam menyelesaikan itu rampasan Bible pada Januari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Katanya, ia bukan sahaja menyebabkan kurangnya kepercayaan di kalangan penganut Kristian, tetapi juga rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Ia juga, kata Gobind, sekali gus mengancam kedudukan Pakatan walaupun mempunyai majoriti besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

[Baca berita penuh]

ADS