Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki yang ditahan polis minggu lepas atas kesalahan berkaitan dadah ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Jinjang, di ibunegara tengah malam tadi.

    

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kematian A.Mogan, 48, hanya disedari selepas mendapati suspek terbaring dalam keadaan mulut berbuih dalam sel itu pada pukul 12.45 tengah malam.

    

Beliau berkata, selepas mendapati suspek tidak sedarkan diri, polis menghubungi pasukan paramedik Hospital Selayang dan pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan suspek sudah meninggal dunia.

    

"Hasil bedah siasat ke atas mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, dia meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam badan dan masih menunggu pengesahan lanjut ujian makmal. Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan.

    

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan di luar badannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk enam kesalahan berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah itu direman sehingga Ahad ini.

    

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), menurut kenyataan itu.

- Bernama

ADS