Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nahas Karpal: Pemandu lori positif ujian dadah
Diterbitkan:  Apr 17, 2014 1:51 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi ini didapati positif dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah memberitahu The Star bahawa saringan awal mendapati kesan ganja, tetapi berkata keputusan itu tidak konklusif.

"Sampel kedua telah dihantar kepada pakar patologi untuk mengesahkannya. Kenyataan pemandu lori itu telah diambil dan dia telah dibebaskan," katanya dipetik kata.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.

    

"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.

    

Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.

    

Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C Selvam, dalam masa terdekat.

[Baca berita penuh]

ADS