Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin BN, Pakatan beri penghormatan terakhir

Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat terus memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh.

Pada 10.30 pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hadir dan berkata beliau cukup mengingati Karpal sebagai "ahli politik dan peguam profesional".

"Walaupun beliau mengemukakan usul berkaitan hakim di parlimen, Karpal tidak pernah menyebut kes hasutannya," kata Nancy kepada pemberita.

Sementara kira-kira 30 minit kemudian, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula singgah bersama rombongan pemimpin negeri.

Turut bersamanya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim Dr Afif Bahardin dan diiringi Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

"Karpal mempertahankan saya semasa saya diarah untuk keluar persidangan Dewan Rakyat apabila usul hakim dan badan kehakiman dibentangkan. Saya akan selalu mengingatinya," kata Azmin.

Pada hari tersebut semua pemimpin Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat sebagai tanda sokongan kepada Azmin, yang juga MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid juga hadiri kira-kira jam 11 pagi bersama beberapa wakil rakyat Umno termasuk Shahedan Kassim (Teluk Bahang) dan Roslan Saidin (Pinang Tunggal).

 

"Beliau tidak pernah mengambil hati, beliau juga lebih dari itu," kata Jahara.

Malah sebelum jam 10 pagi, keluarga Karpal sudah membuka pintu pagar dan orang awam berbaris memberi penghormatan terakhir kepada peguam veteran itu.

[Baca berita penuh]

ADS