Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tolak permohonan penganjur demo 1 Mei
Diterbitkan:  Apr 22, 2014 12:14 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Polis menolak permohonan penganjur perhimpunan besar-besaran anti-GST pada 1 Mei kerana didakwa tidak memenuhi peruntukan ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012.

Laporan Berita Harian yang memetik kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad menyebut, penganjur gagal mengemukakan notis kebenaran daripada pemilik lokasi perhimpunan – Dataran Merdeka.

“(Penganjur) gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 9(1) APA 2012 yang memperuntukkan supaya penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan atau berkumpul.

“Penganjur hanyamemberikan notis pemberitahuan kepada (polis) tanpa kebenaran daripada pemilik lokasi dipilih, maka permohonan mereka terpaksa ditolak,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

[Berita penuh menyusul]

ADS