Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adnan Satem bermotif politik dan cuba menghalang parti tersebut dari bersedia untuk Pilihan Raya Kecil Sarawak yang dijangka antara 2015 hingga 2016.

Menurut Rafizi Adenan cuba 'merencatkan' persediaan PKR dan menyalahgunakan kuasa beliau dengan menghalang pemimpin parti pembangkang yang sah ke negeri itu.

"Saya akan mengambil tindakan mahkamah di Kuching dalam masa terdekat untuk mencabar salah guna kuasa ini di mahkamah," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Rafizi turut mendakwa, bahawa seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen negeri berkata Jabatan Imigresen telah diberi arahan untuk menguatkuasakan larangan masuk itu tanpa budi bicara.

"Maknanya pegawai imigresen akan diambil tindakan jika saya berjaya menjejakkan kaki ke tanah Sarawak.

"Pegawai itu kata saya perlu kahwin dengan orang Sarawak untuk dibenarkan masuk 'atas pertimbangan budi bicara," kata beliau yang mendakwa telah merakamkan perbualan tersebut.

Sebelum ini pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam mengecam tindakan Adenan ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi.

Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.

Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu.

Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS