Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: GLC utama perlu perlindungan bawah TPPA

Syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Petronas dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang tertakluk kepada "peraturan" tertentu bawah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), jika ditandatangani, akan menjejaskan kepentingan negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun terdapat hujah bahawa GLC tertakluk kepada peraturan antarabangsa, bagi membolehkan persaingan sihat, kerajaan melihat juga langkah yang bertentangan dengan kepentingan negara.

"Sekalipun banyak hujah, pendirian kerajaan bahawa kita perlu menjaga kepentingan negara dengan memastikan Petronas, MAS, Khazanah tidak tertakluk kepada peraturan tersebut," katanya dalam taklimat TPPA kepada media.

GLC antara perkara yang masih menjadi keberatan bagi Malaysia dalam rundingan TPPA dan mahu menangguhkannya terlebih dahulu berbanding bahagian-bahagian lain.

Mustapa yang juga ahli parlimen Jeli berkata rundingan TPPA itu berkemungkinan dapat dimuktamadkan pada akhir 2015.

[Baca berita penuh]

ADS