Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan anti-Lynas, Himpunan Hijau hari ini berikrar menghadang pintu utama kilang pemprosesan nadir bumi syarikat itu di Gebeng, Pahang, bermula 22 Jun.

Pemimpinnya Wong Tack ( kiri ) berkata, beliau harap seluruh rakyat Malaysia turut serta dalam bantahan itu demi “melindungi Malaysia dan anak-anak kita”.

“Kami akan pastikan tiada keluar masuk. Kami harap ia dapat menghentikan operasi Lunas dan loji itu tiada orang,” kata Wong dalam sidang media semalam.

“Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Kami akan bertahan.

"Ada yang bangkitkan berhubung keperluan bekerja dan kembali ke rumah. Saya akan tetap di situ,” katanya.

Menjangkakan polis akan bertindak, Wong menegaskan mereka tidak akan berganjak daripada objektif itu.

[Baca berita penuh]

ADS