Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mosti nafi beri geran kontroversi, edar senarai

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan mengeluarkan dana RM100 juta kepada sebuah syarikat menerusi geran kajian dan penyelidikan (R&D) seperti didakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, walaupun menerima surat 'pertimbangan' daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sesebuah syarikat perlu memohon dan menepati syarat MOSTI terlebih dahulu.

"Surat pertimbangan ini biasa. Orang kampung pun bagi. Tapi kena ikut syarat dulu.

"Sampai sekarang syarikat NSE Resources Corporation tak pernah pun memohon dana daripada kita," kata beliau dalam sidang media di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Abu Bakar berkata, MOSTI langsung tidak pernah menyembunyikan sebarang penerima dana kementerian itu.

Malah beliau turut mengedarkan tiga jilid buku tebal yang memberi maklumat teliti mengenai kesemua 4,566 penerima dana bernilai RM 2.9 bilion bawah MOSTI dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Rafizi sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan geran R&D bernilai RM100 juta apabila dianugerahkan untuk sebuah projek komersial.

Beliau malah mengaitkan perdana menteri dalam kes itu yang didakwa mengeluarkan 'arahan' berkaitan.

'Maaf 1,000 kali di FB'

Abu Bakar berkata, MOSTI menetapkan beberapa syarat utama serta menggunakan penilaian pakar bebas sebelum memanggil syarikat membuat pembentangan kepada kementerian bagi memastikan mereka layak.

"Antara syarat utama kita adalah kuantum maksimum dana sebanyak RM3 juta. Tak boleh lebih kecuali agensi flagship MOSTI. Dan bukan dapat semua sekali gus.

Justeru beliau mahu Rafizi menarik balik dan memohon maaf kepada MOSTI kerana membuat dakwaan yang tidak benar kepada kementerian.

Bagaimanapun Abu Bakar berkata tidak mempunyai rancangan untuk membuat sebarang tindakan undang-undang setakat ini.

"Dia (Rafizi) boleh tulis (maaf) di Facebook dia seribu kali," seloroh beliau.

ADS