Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIER: BR1M bukan penyelesaian
Diterbitkan:  Apr 24, 2014 1:52 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menghentikan pemberian bantuan wang untuk merapatkan jurang antara golongan miskin dan berada.

Pengarah eksekutif MIER, Abdul Rashid berkata peningkatan jumlah bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya akan memburukkan lagi kadar inflasi dan tiada kena mengena dengan daya pengeluaran.

"Pendapatan kita tidak meningkat dengan dengan cukup pantas... ini mewujudkan keadaan tidak serasi,” kata ahli ekonomi MIER itu ketika membentangkan laporan suku tahun institut tersebut hari ini.

“Sebab itulah BR1M hanya satu langkah sementara dan bukan penyelesaian,” kata Zakariah yang menambah golongan pekerja Malaysia kini berada dalam kedudukan yang sukar kerana tidak dapat meningkatkan nilai pekerjaan mereka.

Katanya secara teori Malaysia dilihat sebagai satu ekonomi yang berkembang maju dengan hanya 3.3 peratus kadar pengangguran, namun kajian lebih terperinci akan menemui masalah lebih besar.

Jelasnya, pekerja asing yang secara tidak rasmi membentuk satu pertiga dari jumlah tenaga kerja negara memastikan kadar gaji pada tahap minimum, walau menyumbang sebahagian besar daya pengeluaran.

[Baca berita penuh]

ADS