Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tok Him: Keikhlasan Umno hanya Allah yang tahu
Diterbitkan:  Apr 29, 2014 11:32 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

PAS tidak patut mempersoalkan keikhlasan Umno dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan kerana perkara itu hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya, kata PERKASA.

“Sepatutnya pemimpin PAS bersyukur. Keikhlasan hati seseorang hamba Allah atau dari kelompok mana sekalipun, hanya Allah sahaja yang boleh menilai dan tahu.

“Jelaslah yang tidak ikhlas selama ini adalah pemimpin PAS,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali.

Ketika penentangan DAP terhadap cubaan melaksanakan hudud di Kelantan semakin lantang , Umno kini dilihat mengambil sikap lunak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ( kiri ) kelmarian berkata, Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Bercakap kepada pemberita di Kota Bharu, beliau menegaskan kepentingan duduk semeja dengan PAS sebelum membawa usul hudud ke Parlimen.

Naib presiden Umno itu juga berkata, parti Melayu itu bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Dalam kenyataannya, Ibrahim juga mempersoal sikap PAS sebelum ini yang menyerang Umno dan pihak yang tidak menyokong hudud tetapi kini melihat sokongan parti Melayu itu mempunyai muslihat.

“Dulu bila Umno atau sesiapa tidak menyokong hudud, maka pemimpin PAS menyerang dengan menuduh Umno atau sesiapa saja tidak Islam,tolak Islam, tolak hukum Allah, akan masuk neraka.

“Bila sokong tuduh pula mahu pecah belah pembangkang atau Pakatan Rakyat. Semuanya tak kena dengan PAS.

"Tak sokong pun tak kena, sokong pun tak kena,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS