Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Selangor digesa untuk membentangkan satu pelan tindakan untuk menamatkan krisis air di Selangor secara telus, kata anggota majlis tertinggi Umno dari Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan.

"Saya minta kerajaan negeri Selangor bentang apa sebenarnya pelan tindakan mereka untuk hadapi masalah air, dan bukan buat papan iklan besar untuk hentam SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) semata-matanya," katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu berhenti dari bersikap "angkuh dan sombong" dalam menghadapi krisis air dan segera menyelesaikannya demi manfaat penduduk Selangor.

"Tahun 2012 dan 2013 saya dah mula gerakan (untuk maklumkan kerajaan tentang krisis ini) kerana berdasarkan fakta kita nampak berlaku krisis tahun ini dan tahun depan.

"Bila kita serah memorandum dan buat kenyataan, kerajaan (negeri) dengan angkuh dan sombong tak nak ambil tindakan.

"Jadi hari ini, rakyat kena hadapi perkara ini walaupun kita tiada jalan lain untuk menghadapinya," katanya yang juga pengerusi Pelaburan Mara Berhad.

Beliau ditemui pemberita selepas sidang media majlis penjenamaan semula identiti korporat Mara Berhad dan pelancaran Pelaburan Mara Berhad Tijari di Putrajaya.

Merasmikan majlis pagi tadi adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut hadir adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS