Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Terpulang jika nak bawa laporan OA ke Parlimen'
Diterbitkan:  Apr 29, 2014 4:17 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini

berkata gesaan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak menghantar laporan berkaitan inkuiri hak tanah Orang Asli ke Parlimen hanya "cadangan".

Paul berpendapat pihak suruhanjaya boleh membawa laporan itu ke Parlimen jika mahu melakukannya.

"Sejujurnya ini hanya cadangan saya, tetapi sekiranya mereka mahu membawa laporan itu ke Parlimen, itu terpulang kepada mereka, tetapi ia sedikit rumit," katanya ketika ditemui di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Paul berpendapat sekiranya laporan itu diberikan kepada kabinet, cadangan untuk menangani masalah itu dapat diambil segera.

“Kamu mahu pastikan saranan-saranan dibincangkan mendalam dan dilaksanakan, sebab itu kenapa kia bentuk pasukan petugas bagi meneliti perkara itu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS