Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Putrajaya digesa supaya menyiarkan laporan Indeks Persepsi Integriti Nasional oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) kepada umum.

Gesaan itu dibuat oleh ahli lembaga pengarah IIM Chandra Muzaffar dalam forum integriti bertemakan "Merakyatkan Agenda Integriti" di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

"Mohd Tap Salleh (presiden IIM) tidak membantah ketika saya mencadangkan IIM menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai indeks persepsi integriti yang merupakan indeks yang sangat luas.

"Ia adalah analisis yang baik pada tahap integriti masyarakat Malaysia sejak tahun 2007. Apa yang menyedihkan laporan itu tidak didedahkan kepada umum kecuali satu tahun," beliau berkata demikian dalam dewan yang di penuhi 300 penonton daripada jabatan kerajaan dan anggota NGO.

Chandra juga berpendapat apabila laporan itu didedahkan, ia akan berguna untuk masyarakat mengetahui maklumat berkaitan.

Beliau juga bersetuju ketika moderator Tan Sri Ramon Navaratnam berpendapat rakyat Malaysia bangun menggesa supaya laporan itu dibentangkan secara umum.

“Pendedahan ini perlu dan rakyat Malaysia patut menyokong perkara ini," katanya.

Sementara itu tiga panel yang terlibat dalam forum itu adalah Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar, dan Ketua Eksekutif Intitusi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan dan Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS