Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TNB: Bekalan elektrik putus di enam negeri
Diterbitkan:  May 7, 2014 4:38 PM
Dikemaskini: 1:12 PM

Syarikat utiliti Tenaga Nasional Bhd mengesahkan gangguan bekalan elektrik itu berlaku selama tiga jam, bermula jam 2 petang di kawasan berasingan di enam negeri.

Beberapa kawasan yang dinyatakan itu termasuk di Bandar Baru Nilai dan Rantau (Negeri Sembilan), Segamat, Bakrim Pagoh (Johor), Merlimau, Masjid Tanah dan Jasin (Melaka).

Selain itu, gangguan tersebut juga berlaku di beberapa tempat di Manjung (Perak), Sungai Petani dan Kulim (Kedah) dan Prai (Pulau Pinang).

“TNB sedang menyiasat punca kejadian. Para pengguna dinasihati supaya menghubungi talian 15454 untuk sebarang pertanyaan,” kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, puluhan pengguna bekalan TNB itu dikesan menyalurkan aduan mereka di laman Facebook syarikat berkenaan.

Pengguna tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat dan Muar (Johor).

Ada juga di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB.

“Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi sibuk,” kata seorang pengguna bernama Redza Blade.

ADS