Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib kata Joseph Entulu akan mohon maaf
Diterbitkan:  May 8, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kerajaan akan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi.

Laporan Berita Harian Online menyebut, Najib berkata Kabinet tidak membuat apa-apa keputusan untuk menggugurkan ruangan tersebut.

"Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Walau dengan penjelasan tersebut, bantahan sudahpun mula disuarakan oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang merancang untuk mengemukakan saman ke atas kerajaan.

Presiden NGO tersebut Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sendiri akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bahawa tindakan pengguguran ruangan tersebut bertentangan dengan undang-undang.

“Kabinet boleh apa jua keputusan tapi tidak boleh melanggar Perlembagaan.

"Saya sendiri selaku presiden PERKASA akan bawa perkara ini ke mahkamah untuk memohon mahkamah mengisytiharkan penghapusan identiti kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Dalam kenyataan melalui SMS kepada Malaysiakini , Ibrahim berkata PERKASA juga melantik dua orang peguam untuk mengkaji tindakan tersebut.

[Berita penuh menyusul]

ADS