Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB T'ganu sah bertukar
Diterbitkan:  May 12, 2014 5:45 PM
Dikemaskini: May 13, 2014 4:04 AM

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar Terengganu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Ia berkuatkuasa mulai tarikh mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

The Star sebelum ini melaporkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.

Ahmad, menteri besar dua penggal, dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu pada hari ini.

Perkembangan terkini itu sekali gus menyebabkan berakhirnya spekulasi berterusan yang melanda negeri itu.

Sebelum ini dikatakan terdapat perjanjian antara Ahmad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau hanya akan memegang jawatan itu selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu laporan Bernama mengesahkan pertukaran menteri besar tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama pengganti Ahmad Said.

"Saya datang jumpa ADUN... seperti dimaklumkan ada pertukaran, saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.

"Kita tunggu (watikah menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu dengan pengesahan daripada pihak istana," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

ADS