Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Apakah ada bantuan kerajaan Malaysia kepada MAS? Tidak," kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

MAS telahpun mengalami kerugian sebelum kehilangan MH370 pada bulan Mac, dan hari ini syarikat penerbangan itu berkata tragedi tersebut memberi "kesan yang dramatik" terhadap prestasinya.

 

Syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM442 juta pada suku pertama 2014, iaitu hampir dua kali ganda kerugian bagi tempoh yang sama tahun lepas, lapor Kinibiz hari ini.

 

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (kiri) dilaporkan berkata kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan syarikat penerbangan itu, tetapi menolak kerajaan akan memberi suntikan modal baru kepada MAS.

 

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa operasi antarabangsa mencari pesawat MH370 tidak membabitkan apa-apa kos kepada Malaysia kerana setiap negara yang menyumbang sumber, menanggung sendiri kosnya.

 

"Yang terbabit hanyalah kos mengerahkan aset ketenteraan kita, yang sudahpun berada di sana," katanya.

 

'M'sia akan kongsi kos'

Untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari di dalam laut, Hishammuddin mengulangi bahawa adalah adil bagi Malaysia berkongsi sebahagian daripada kosnya dan bukan ditanggung sepenuhnya oleh Australia.

 

Bagaimanapun, katanya, kos yang Malaysia akan ditanggung belum dianggarkan lagi, kerana kawasan carian dan aset yang diperlukan masih belum ditentukan.

 

[Baca berita penuh]

ADS