Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persaingan sengit DAP-Gerakan di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 31 Mei nanti terbawa-bawa sehingga ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid hari ini berkata beliau percaya, untuk wanita merentasi sempadan jantina dalam politik, mesti melalui kemampuan melebihi kaum lelaki.

Sambil menegaskan tiada masalah dengan wanita muda dan cantik dalam politik, Jahara berkata lebih baik mempunyai lebih suara wanita dalam Parlimen.

Merujuk kepada Dyana Sofya Mohd Daud, beliau bagaimanapun membangkitkan bahawa calon DAP itu “datang daripada usaha BN” melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan di DUN hari ini.

Dyana, 27, menentang Presiden Gerakan Mah Siew Kong, 53, dalam pertandingan satu lawan satu.

"Kacang lupakan kulit," sambung ADUN Teluk Ayer Tawar itu lagi.

Exco: Kami cuma muak dengan BN

Pada ketika itu, ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer menuntut Jahara menarik balik kenyataan itu.

ADUN PKR Seberang Jaya dan exco negeri Dr Afif Bahardin ( kiri ) menyokong perkara itu, dengan berkata:

"Sebagai belia, kita berpaling daripada Umno bukan kerana 'kacang lupakan kulit' tetapi kerana kita muak dengan politik Umno dan BN.”

Sementara itu, Speaker Law Choo Kiang pada mulanya mengarahkan Rayer untuk duduk apabila ADUN Seri Delima itu memetik peraturan tetap dewan, bahawa Jahara perlu menarik balik kenyataan itu.

Akhir sekali, Jahara membenarkan beliau untuk bercakap dan Rayer menjelaskan:

"Saya hanya mempertahankan hak-hak wanita. Jika anda (Jahara) menghormati wanita, tarik balik kenyataan itu.”

Isu itu reda selepas Law Choo Kiang, yang juga ADUN PKR Bukit Tambun mengarahkan Jahara meneruskan ucapannya.

[Baca berita penuh]

ADS