Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasangan panda gergasi tiba di Kuala Lumpur
Diterbitkan:  May 21, 2014 8:48 AM
Dikemaskini: 11:39 AM

Pasangan Panda yang ditunggu-tunggu - Fuwa dan Fengyi - sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China - tiba di terminal MASkargo di KLIA pagi ini.

Pasangan yang masing-masing berusia lapan tahun itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun

menerusi Program Penjanjian Kerjasama

Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

  

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-duanya dibawa  berlepas dari Pusat Penyelidikan

dan Pemuliharaan Panda Gergasi China Dujiangyan di wilayah Sichuan di barat daya China semalam.

Pasangan itu diterbangkan dari China oleh pesawat khas MASkargo yang dihiasi dengan gambar panda dan mendarat pada pukul 7.45 pagi ini.

Pasangan itu terus dibawa ke Zoo Negara dalam sebuah van khas dan akan diperkenalkan kepada orang ramai di Kompleks Beruang Panda Gergasi selepas dikuarantin selama satu bulan.

Pasangan itu Fuwa (jantan) dan Fengyi (betina), diterbangkan dari China oleh pesawat khas MASkargo yang dihiasi dengan gambar panda dan mendarat pada pukul 7.45 pagi ini.

Pasangan itu terus dibawa ke Zoo Negara dalam sebuah van khas dan akan diperkenalkan kepada orang ramai di Kompleks Beruang Panda Gergasi selepas dikuarantin selama satu bulan .

Menunggu ketibaan panda gergasi itu di terminal tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang .

Ketibaan pasangan panda itu bagi menandakan 40 tahun hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, atas inisiatif Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Penerbangan membawa Fengyi dan Fuwa ke Malaysia, disertai oleh Pengarah Zoo Negara, Dr Naim Ramli, doktor haiwan China dan 10 pegawai teknikal. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa pasangan beruang panda gergasi dari China itu kini mendapat tempat tinggal baharu di Zoo Negara, ribuan kilometer dari tempat asal mereka di wilayah Sichuan, barat daya China.

    

Pasangan panda, Fengyi dan Fuwa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang sejurus sebelum 8 pagi hari ini selepas diterbangkan dengan pesawat khas MASKargo dari Chengdu, China.

    

Dari lapangan terbang itu, pasangan panda itu dibawa ke zoo dengan diiringi polis dan ketibaan haiwan itu disambut kakitangan zoo dan juga 200 kanak-kanak tadika yang dijemput khas untuk majlis itu.

    

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lana memberitahu pemberita kehadiran beruang panda gergasi itu dijangka menarik 500,000 pengunjung ke zoo dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Rosly menjelaskan tempoh kuarantin adalah penting kerana ia membolehkan pasangan panda itu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan keadaan cuaca tempatan.

    

Beliau menyifatkan kemudahan yang disediakan untuk haiwan itu di Kompleks Panda Gergasi di Zoo Negara sebagai antara yang terbaik di dunia.

    

"Antara lain, kita mempunyai sebuah makmal, klinik veterinar, inkubator, nurseri dan juga sistem pemantauan bagi memastikan kesejahteraan haiwan itu," katanya.

    

Rosly berkata 10 kakitangan akan ditempatkan pada satu-satu masa untuk menjaga pasangan panda itu, yang dikenali dengan bulu hitam dan putih yang tersendiri.

    

Beliau berkata apabila kompleks itu dibuka dalam tempoh sebulan, ia mampu menerima 3,800 pengunjung setiap hari.

    

Pasangan beruang panda itu dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi.

    

Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.

ADS