Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) menegaskan bahawa beberapa orang menteri menawarkan sogokan pilihan raya apabila berjanji untuk membawa pembangunan ke Teluk Intan.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan dengan jelas bahawa seseorang yang terlibat dengan kegiatan tertentu yang boleh mempengaruhi pengundi melakukan kesalahan rasuah pilihan raya, kata presidennya Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau mengulas janji yang dibuat oleh dua orang menteri kabinet, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa kempen pilihan raya kecil minggu lalu.

Shabery berjanji untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar di Teluk Intan manakala Tengku Adnan berjanji kepada masyarakat India untuk membina sebuah krematorium dan satu dewan untuk masjlis kahwin.

Walaupun janji tersebut tidak melibatkan imbuhan peribadi, ia masih merupakan pelanggaran peraturan pilihan raya.

"Semasa kempen pilihan raya, objektif janji seperti ini adalah untuk memastikan calon itu menang.

"Kita sudah banyak kali membangkitkan kes seperti ini pada Suruhanjaya Pilihan Raya, kita berhujah, ini tidak ikut undang-unfang. Tapi SPR kata ia kes yang kabur," katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika ditanya mengenai tindakan rakan sejawatnya itu pula berpendapat, perkara itu boleh dibuktikan di mahkamah sekiranya benar-benar melanggar undang-undang.

[Baca berita penuh]

ADS