Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau melarikan diri dan cuba menyeberang parit untuk mengelak soalan wartawan di Teluk Intan.

Sebaliknya beliau berkata beliau perlu bergegas pergi dari program semalam bagi menghadiri beberapa acara lain.

"Itu bukan perkara besar. Bukan saya nak larikan diri tapi saya banyak kerja itu. Yang kata lompat itu semua pembohongan," katanya.

Dengan berseloroh, beliau berkata beliau tidak mungkin dapat menyeberang parit berkenaan kerana ia agak lebar.

"Parit itu besar, takkan saya nak lompat?" katanya.

Malaysiakin i melaporkan Ahmad pada Rabu malam lalu mengelak dari bertemu wartawan dalam satu majlis di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Beliau hadir di majlis itu untuk memberi penerangan mengenai cukai

barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di majlis tersebut.

Ahmad dilaporklan mengelak daripada menemui wartawan apabila diberitahu mengenai kehadiran pemberita dari Malaysiakini dan KiniTV .

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu parit berdekatan dan mahu melintas parit tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu Ahmad turut menjelaskan beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan satu majlis kontroversi yang diadakan Selasa lalu di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti dan mahu menyokong parti kerajaan persekutuan.

Menurutnya, pilihan raya ibarat perang dan kadangkala kesilapan tetap berlaku.

"Saya diberitahu mereka penyokong pembangkang.

"Sebahagian tak jelas (maksud program). Sebahagian sudah tukar baju (BN) dan sebagainya.

"Perang biasalah ada luka-luka," katanya tanpa mengulas lanjut.

Majlis yang sepatutnya menunjukkan perubahan sokongan kepada BN itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP, malah ada yang secara terus terang masih menyokong pembangkang.

ADS