Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Kes rogol bukti penjenayah tak takut
Diterbitkan:  May 30, 2014 2:31 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes rogol berkumpulan terbaru di Ketereh, Kelantan membuktikan bahawa undang-undang jenayah sedia ada tidak memadai untuk pencegahan.

"Apa pun, kejadian tersebut membuktikan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada, kerana eleman pencegahan dari Allah hanya ada dalam sistem yang diturunkan Allah.

"Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud - apa perasaan anda kalau yang dirogol oleh 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 20 Mei itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki.

Laporan menyebut, kejadian itu berlaku di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Polis setakat ini menahan seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara, 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol tersebut.

Dalam kenyataannya, beliau turut menyatakan kekecewaan kerana hudud masih belum dapat dilaksana sehingga menyebabkan peningkatan jenayah dan masalah sosial.

Boleh dakwa mengikut takzir

"Namun kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat meskipun ketidak-berkesanannya semakin terserlah hari ke hari.

"Mereka tetap enggan mengaku bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius," katanya.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, dua orang remaja perempuan, masing-masing 14 dan 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 orang lelaki.

Polis setakat ini menahan 14 orang suspek, termasuk tiga beranak.

Pada awalnya, kes tersebut dilaporkan hanya melibatkan seorang mangsa kerana mangsa kedua yang berusia 14 tahun hanya membuat laporan polis pada hari Rabu lalu.

Menurut Tuan Ibrahim, pesalah dalam kes tersebut tidak boleh didakwa mengikut undang-undang hudud kerana melibatkan banyak keraguan.

"Akan tetapi ia akan didakwa di bawah perundangan takzir. Ini tidak bermakna ia lebih rendah dari hudud.

"Ini kerana hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," katanya.

ADS