Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bapa dakwa polis campur tangan kes cabul anaknya
Diterbitkan:  May 30, 2014 7:49 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Seorang kerani berusia 38 tahun mendakwa seorang pegawai kanan polis kanan campur tangan dalam aduan anak perempuannya sehingga gadis tersebut menarik balik laporan mendakwa dicabul oleh bapa tiri.

Kerani berkenaan telahpun berpisah dengan ibu gadis tersebut.

Gadis berkenaan kini menetap bersama bekas isterinya dan bapa tiri gadis tersebut di Sepang. (Malaysiakini tidak menamakan anggota keluarga terbabit untuk melindungi gadis berkenaan).

Gadis tersebut membuat laporan polis awal bulan ini dengan mendakwa bapa tirinya masuk ke biliknya pada bulan Ogos lalu ketika ibunya bersalin di hospital.

Dalam laporan tersebut, Gadis itu mendakwa bapa tirinya masuk ke biliknya pada jam 10 malam dan meraba belakang dan dadanya.

Gadis itu mendakwa, beliau cuba melawan tetapi bapa tiri tersebut meneruskan perbuatan tersebut dan terus berada di biliknya sehingga jam 4 pagi, menurut laporan itu lagi.

Beliau turut memberitahu perkara itu kepada seorang abangnya yang tinggal bersama datuknya di Negeri Sembilan. Saudaranya itu turut membuat satu laporan berasingan demi melindungi keselamatannya.

Bapanya, seorang kerani, mengetahui mengenai kejadian tersebut daripada datuk kepada gadis tersebut, dan seterusnya membuat satu laporan kerana bimbang bekas isterinya akan memaksa anaknya itu menarik balik laporan.

Bapa tiri gadis itu kemudian ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan, kata kerani tersebut.

Beliau kemudiannya mendapat tahu bahawa salah seorang saudaranya, yang juga seorang pegawai polis, campur tangan dalam kes berkenaan.

“Seorang pegawai dari Bukit Aman turut terlibat dan selepas itu, anak gadis saya menarik balik laporan pada minggu lalu," dakwanya.

Kerani itu mendakwa beliau bertemu dengan ketua polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat untuk mengadu kes tersebut pada 21 Mei.

Beliau turut mengadu kes tersebut pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dakwanya.

Sehari selepas itu, beliau membuat satu lagi laporan polis mengenai pertemuannya dengan ketua polis Selangor dan menyatakan kebimbangan bahawa wujud campur tangan dalam kes berkenaan.

Malaysiakini memperolehi komen dari seorang jurucakap polis, yang mengesahkan perkara itu dan menyebut bahawa polis bercadanga untuk mengambil tindakan ke atas bapa tiri terbabit.

Namun, tindakan itu tidak dapat diteruskan memandangkan mangsa sudahpun menarik balik laporannya.

[Baca berita penuh]

ADS