Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: BN akan tunai semua janji di Teluk Intan
Diterbitkan:  Jun 1, 2014 9:00 AM
Dikemaskini: 2:09 AM

Sambil melahirkan kesyukurannnya terhadap kemenangan BN di Teluk Intan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN akan menunaikan semua janji yang telah dibuat.

"Datuk Mah Siew Keong akan membawa arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan," katanya dalam satu kenyataan,

"Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana pengundi di Teluk Intan telah memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong untuk menjadi wakil Rakyat mereka kembali.

"Saya percaya kemenangan yang memihak kepada calon BN adalah satu petanda penting bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin kukuh," tambahnya.

Selain itu, Muhyiddin juga percaya pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang matang dengan menilai prestasi baik dan pengalaman Mah yang pernah berkhidmat sebagai ADUN Pasir Bedamar dan Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini.

"Kita bersyukur kerana kemenangan ini juga membuktikan BN terus mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

"Tahniah kepada Datuk Mah dan seluruh jentera BN. Ini merupakan satu kemenangan yang amat bermakna dan manis untuk BN.

"Terima kasih kepada pengundi Teluk Intan dan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dan tepat.

"Terima kasih pengundi Teluk Intan kerana menolak politik jahat, tipu helah dan kebencian," tambahnya.

Menurutnya, walaupun majoriti kecil dan memerlukan lebih banyak kerja dan usaha berterusan, beliau percaya "ini adalah detik kebangkitan parti Gerakan".

"Saya juga percaya Datuk Mah Siew Keong akan berkerja kuat dan mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan.

"Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan," katanya.

ADS