Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau redha dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur kelmarin.

    

"Saya redha dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

    

Jenazah Nurul Emielda Nadia dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.  

    

Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.  

    

Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.

    

Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS