Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Promosi TMM di China akan disambung semula
Diterbitkan:  Jun 2, 2014 9:26 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Program promosi jelajah Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China akan disambung semula selepas ditangguh sejak Mac

lalu ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

  

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata promosi itu akan diadakan dalam masa terdekat hasil reaksi positif lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

    

"Lawatan Perdana Menteri ke China sedikit sebanyak meredakan keadaan dan beri reaksi positif, tambahan pula kita memang mempunyai hubungan baik dengan China sehingga mereka bersedia pinjamkan dua ekor panda gergasi.

    

"Saya dimaklumkan bahawa ada perjanjian persefahaman ditandatangani antara Malaysia dengan China dalam sektor pelancongan meskipun saya tidak hadir kerana menziarahi Almarhum Sultan Azlan Shah," katanya pada sidang media berkaitan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Teksi Sango, Jepun di ibunegara semalam.

    

Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih dan bersyukur dengan pembebasan wanita warga China iaitu Gao Hua Yuan, 29, dan Marcy Dayawan, 40, dari Filipina pada Jumaat setelah diculik sejak 2 April lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS