Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow: Sokongan pengundi Cina kembali pada BN
Diterbitkan:  Jun 1, 2014 11:57 PM
Dikemaskini: Jun 2, 2014 2:02 AM

MCA mengucapkan tahniah kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)

Parlimen Teluk Intan semalam.

    

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kemenangan itu amat penting bagi Barisan Nasional (BN) kerana ia menjadi penanda aras bagi parti dan meningkatkan moral anggota BN di seluruh negara.

  

"Pertambahan undi sokongan dari kawasan pilihan raya pelbagai kaum boleh dianggap sebagai undi kepercayaan bagi tadbir urus BN yang cemerlang," kata beliau dalam satu kenyataan.

    

Beliau berkata kemenangan BN di Teluk Intan adalah hasil kerja keras oleh Gerakan dan parti-parti komponen BN yang lain.

  

 Dalam pilihan raya kecil itu, Mah menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi oleh calon DAP itu.

  

Liow berkata kembalinya sokongan pengundi Cina kepada BN

menunjukkan bahawa masyarakat itu telah memperbaharui harapannya dalam BN dan oleh itu MCA akan menyegerakan program transformasinya.

    

"MCA kini mempromosikan kempen 'Teguh Bersama' dan kami yakin bahawa kami akan terus kompetitif dan relevan melalui transformasi," kata Liow.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS