Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tengku Adnan menang anugerah seksis
Diterbitkan:  Jun 2, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkul pemenang bagi kategori kenyataan bodoh untuk anugerah 'Aiyoh... What Lah?! 2014' melalui satu kenyataan kontroversinya pada tahun lalu yang mengumpamakan wanita seperti hartanah.

Anugerah tersebut merupakan sebahagian dari kempen anjuran Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) bagi menonjolkan kenyataan berunsur seksis, pembenci perempuan dan homofobia dalam bentuk sindiran.

Anugerah tersebut, yang diputuskan melalui undian, diumumkan melalui acara pengucapan jenaka oleh seorang dramatis, Jo Kukathas, yang memeran watak seorang transgender, Miss Ribena Berry.

Tengku Adnan ketika menjelaskan kenyataannya semasa isu tersebut mencetus kontroversi pada Disember tahun lalu berkata beliau tidak bermaksud bahawa wanita merupakan hartanah, dan memohon maaf jika ia menyinggung perasaan golongan wanita.

Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa "hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun".

Miss Ribena ketika mengumumkan anugerah tersebut semalam bagaimanapun berkata, Tengku Adnan tidak perlu memohon maaf jika perkara itu berulang.

"Saya fikir lain kali tidak perlu minta maaflah. Ia menunjukkan kenyataannya sangat-sangat bodoh," katanya dalam bahasa Inggeris, yang disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Tengku Adnan yang meraih 71 peratus daripada kesemua 1,079 undi, tidak hadir untuk menerima anugerah sindiran tersebut, yang merupakan antara tujuh yang dipertandingkan.

Kategori "Paling tidak membantu golongan wanita" pula dimenangi MP PAS Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff atas kenyataannya yang menegur wanita supaya berpakaian sopan untuk mengelak dari kes rogol.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS