Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Permohonan maaf sudah memadai
Diterbitkan:  Jun 2, 2014 1:33 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DAP kerana permohonan maafnya secara peribadi dua minggu lalu sudahpun memadai.

"Sama ada ia secara peribadi ataupun umum, ianya perkara sama. Saya sudahpun katakan, bagi isu kerosakan kepada harta DAP, saya sudahpun sampaikan permohonan maaf dan kesediaan untuk membaya.

“Saya fikir perkara itu sudah memadai," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas tuntutan melalui MP DAP Ong Kian Ming yang berkata permohonan maaf seperti itu tidak memadai.

Khairy berkata beliau sudahpun mengirim permohonan maaf kepada Ong melalui mesej Twitter, atas tindakaan anggota Pemuda Umno yang menyebabkan kerosakan pada papan tanda DAP.

Peserta demonstrasi yang bertindak ganas itu turut mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP.

Ditanya mengenai siasatan ke atas kejadian tersebut, Khairy berkata perkara itu pada lazimnya dijalankan oleh lembaga disiplin, yang boleh menjawab soalan seperti itu.

Menteri belia dan sukan itu berkata demikian ketika merasmikan majlis konvokesyen Institut Kemahiran Belia Nasional pagi ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS