Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Jabatan Agama Islam Selangor merujuk kepada al-Quran semula kerana tindakan menghentikan perkahwinan adalah perbuatan yang salah.

Mahathir berkata, al-Quran menghormati hak orang bukan Islam, namun agama itu pula tidak seharusnya digunakan untuk mengawal orang lain.

“Semua ini timbul kerana tidak mengikut ajaran al-Quran, sebaliknya mereka mengikut ajaran seseorang.

"Anda boleh siasat tapi anda tidak perlu hentikan perkahwinan orang," katanya kepada pemberita.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan mengenai gaya hidup Muslim kontemporari di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Beliau mengulas tindakan JAIS yang menahan seorang pengantin perempuan yang sedang melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu, Ahad lalu.

[Baca berita penuh]

ADS